Kenali Sabah Paparan terbaik jika menggunakan Netscape Communicator Ver. 4.0  ke atas. ( 800X600 )


Laman Rasmi Hari Muzium Antarabangsa 2001 
Peringkat Kebangsaan Ke-V 
17 - 22 Mei 2001  Kota Kinabalu, Sabah 

ENGLISH VERSION
Bendera Negeri Sabah
Muka Depan
Acara Pembukaan
Acara Penutupan
Jawatankuasa
Kampung Angkat
Zon
Sukan
Larian Muziumthon
Sukaneka
Seminar
Pameran
Penghargaan
Perhubungan
Hari Muzium 2000
Melaka
Pautan Menarik
Ke Muzium Sabah

 















































































PENGENALAN

Bersempena dengan sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2001, Jawatankuasa Induk Hari Muzium Antarabangsa 2001 Peringkat Kebangsaan dengan kerjasama Persatuan Muzium Malaysia sekali lagi akan menganjurkan seminar yang bertema " Museums: Building Community ".

Seminar ini diadakan bertujuan untuk mendekatkan masyarakat dengan muzium supaya dapat menjadi penggerak kepada perubahan serta pemangkin kepada pembangunan masyarakat. Objektif utamanya ialah untuk memberi peluang kepada satu perbincangan terbuka di samping mencungkil idea-idea baru untuk kebaikan bersama agar dapat memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat dari semua peringkat.

Kami menjemput warga kerja muzium, pendidik, badan bukan kerajaan, para professional dari semua bidang seni / budaya dan para pelajar untuk menyertai seminar ini bagi memantapkan lagi pemahaman atas peranan muzium dalam membangun masyarakat.

 

SEMINAR SEMPENA HARI MUZIUM ANTARABANGSA 2001
PERINGKAT KEBANGSAAN

Tema:        " Muzium: Pembangun Masyarakat "
                   ( Museums: Building Community )

Tempat:      Dewan Besar, Dewan Bahasa dan Pustaka,
                   Teluk Likas, Kota Kinabalu, Sabah

Pada:         18 Mei 2001  ( Jumaat )

Masa:         8.00 pagi

 

 
ICOM Notes:

' On  18th May 2001 museums the world over will celebrating International Museum Day on the theme " Museums: building community ". The theme underlines the importance of the social role of the museum and recall the definition of the museum as a permanent institution in the service of society and of its development.

This annual event provides the opportunity to draw the public's attention to museum programmes through activities taking place on and around 18th May. The theme " Museums: building community " can be adapted to all types of museums and to all countries '.

Source: ICOM News, Issue 1, 2001 p. 4


Pada 18 Mei 2001 muzium-muzium di seluruh dunia akan merayakan Hari Muzium Sedunia bertemakan " Muzium: Pembangun Masyarakat ". Tema ini menunjukkan peri pentingnya peranan muzium terhadap masyarakat sebagaimana termaktub dalam definisi muzium selaku institusi kekal yang berkhidmat kepada pembangunan masyarakat.

Acara tahunan ini memberi peluang untuk menarik perhatain masyarakat terhadap program-program muzium melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang perayaan tersebut. Tema " Muzium: Pembangun Masyarakat " dapat diterapkan oleh semua jenis muzium di semua negara.

  

 

Aturcara Majlis
18 Mei 2001  ( Jumaat )
Dewan Besar, Dewan Bahasa & Pustaka, Teluk Likas,
Kota Kinabalu, Sabah


8.00 pagi    -   Ketibaan para jemputan dan pendaftaran peserta

8.45 pagi    -   Ketibaan Y.Bhg. Datuk Noni J. Said,
                     Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Sabah

8.50 pagi    -   Ucapan alu-aluan oleh Dr. Haji Adi bin Taha,
                     Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk Hari Muzium Antarabangsa 2001

9.00 pagi    -   Ucapan perasmian oleh Y.Bhg. Datuk Noni J. Said,
                     Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Sabah

                  -   Penyampaian cenderamata

9.15 pagi    -   Ucaptama oleh Ms. Bernice Murphy,
                     Timbalan Presiden ICOM  - " Museums: Building Community "

10.15 pagi  -   Ulasan oleh Y.Bhg. Datuk Yaman bin Haji Ahmad Mus,
                     Pengarah Balai Senilukis Sabah

10.30 pagi  -   Sesi soal jawab
                     ( Ketiga-tiga acara di atas akan di pengerusikan oleh Puan Rasanubari
                      Asmaramah, Pengerusi Jawatankuasa Seminar )

11.00 pagi  -   Jamuan ringan

11.30 pagi  -   Majlis bersurai.
 

Borang Penyertaan      ( Pendaftaran adalah percuma )

 
Sukacita kami akan menghadiri seminar ini:

Nama Organisasi:   _________________________________________________________

Alamat Organisasi: _________________________________________________________

No. Tel:     ________________________________
No. Faks:  ________________________________
Mel-e:       ________________________________

Nama Peserta:

  1. ____________________________________
  2. ____________________________________
  3. ____________________________________
  4. ____________________________________
  5. ____________________________________.

Tarikh tutup penyertaan: 8 Mei 2001

Hantarkan kepada:
Urusetia
Seminar Hari Muzium Antarabangsa 2001
Jabatan Muzium Sabah
Beg Berkunci No. 2015
88566 Kota Kinabalu, Sabah
( U.P: En. Sintiong Gelet / Puan Dayang Faizah )

No. Tel: 088 - 253199 / 225033
No. Fax: 088 - 240230
Mel-el: kurato.f.mzm@sabah.gov.my  ( Encik Sintiong Gelet )
           izan@sabah.net.my                   ( Puan Dayang Faizah )
 

Go to top


INTRODUCTION  |   ORGANISATION  |  SERVICES  |  PUBLICATIONS  |   HERITAGE VILLAGE
CYBER MUSEUMS  |  GALLERIES  |  GOVERNMENT LINKS  |  EVENTS   |  MISCELLANEOUS

 

Laman Web ini direka oleh Muzium Sabah.  Sila hubungi  Webmaster  untuk maklumbalas.
Untuk paparan terbaik sila gunakan Netscape Communicator 4.0 atau ke atas.  ( 800 X 600 res. )
This website was designed by Sabah Museum. Please contact Webmaster for feedback.
For best view, use Netscape Communicator 4.0 or higher.  ( 800 X 600 res. )