|
|
|

PAMERAN SEMPENA HARI
MUZIUM ANTARABANGSA 2001
PERINGKAT KEBANGSAAN KE-V |
Pameran ini akan
didirikan bersempena dengan Perayaan hari Muzium Peringkat Kebangsaan kali ke-5 mulai 17
hingga 22 Mei 2001 di Dewan Utama Bangunan Muzium Sabah di Kota Kinabalu. Tema pameran
ialah " Muzium: Pembangun Masyarakat ".
Beberapa buah muzium di seluruh Malaysia akan turut mendirikan pameran masing-masing di
samping membuat pertunjukan yang telah dikhususkan, seperti Muzium Kelantan, Muzium
Sarawak, Muzium Matawang Kuala Lumpur, Muzium Negeri Sembilan, Muzium Melaka, Muzium
Terengganu, Muzium Polis Di Raja Malaysia, Muzium Angkatan Tentera, Muzium Johor, Muzium
Pulau Pinang, Muzium dan Antikuiti Kuala Lumpur dan Muzium Sabah selaku tuan rumah.
Sebanyak 17 buah gerai telahpun disediakan sebagai tempat pameran yang akan diadakan di
sepanjang perayaan tersebut. Pameran ini akan dibuka kepada orang ramai mulai 17 hingga 22
Mei 2001 setiap hari mulai pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang, kecuali pada hari Jumaat.
Bersempena dengan perayaan dan pameran ini Kompleks Muzium Sabah di Kota Kinabalu akan
dibuka kepada orang ramai secara percuma.
Pihak penganjur akan menyediakan kuiz mengenai pameran ini dan orang ramai boleh
menyertainya dengan percuma, malah pihak penganjur akan menyediakan hadiah-hadiah menarik
kepada peserta kuiz yang berjaya.
Di antara bahan-bahan yang akan dipamerkan ialah gambar-gambar serta artifak yang
didatangkan dari beberapa buah negeri. |
|
|