|
|
|

Kampung
Rapak, Ranau, Sabah
* Jawatankuasa Kecil Program
Kampung Rapak |
Kampung Rapak
dibuka pada tahun 1947 ( selepas Perang Dunia Ke-2 ) oleh seorang pendakwah Kristian ( SIB
) Encik Teror White, yang juga dikenali sebagai Pendita Asang di kalangan orang Dusun di
kampung ini. Pada tahun 1948, seorang lagi pendakwah Kristian bernama Dr. Wood, atau
Sabin, dan isterinya tiba di Ranau dan mula mengatur Kampung Rapak bersama-sama dengan
Pendita Asang. Pendita Asang telah memberikan 50 ekar tanah kepada orang-orang Kritisan di
Kampung Rapak untuk dijadikan kawasan penempatan.
Pada tahun 1950an, beberapa orang penduduk awal di kampung ini yang terdiri daripada Encik
Kerangkas Bakiran, Encik Kumbur Uduk, Encik Kentuni Giwar, Encik Betinki Bekandi dan Encik
Kontingai, telah mendirikan lima buah rumah kediaman. Sebelum Kampung Rapak dibuka secara
rasmi, kawasan perumahan yang didirikan di Kampung Rapak telah menjadi tempat persinggahan
bagi orang-orang dari sekitar kampung di daerah Ranau untuk ke " Tamu " yang
diadakan pada setiap 25 haribulan. Selain itu, mereka juga datang untuk belajar agama
Kristian.
Dalam tahun ini juga, orang-orang kampung telah di minta oleh pihak Inggeris untuk
mengadakan satu mesyuarat. Antara agenda mesyuarat tersebut ialah untuk memilih Ketua
Kampung dan juga menamakan kampung tersebut, yang pada ketika itu belum mempunyai nama.
Hasil daripada mesyuarat itu, Encik Kerangkas Bakiran telah dilantik menjadi Ketua Kampung
yang pertama di Kampung Rapak. Kampung ini kemudiannya diberi nama " Rapak ".
Menurut Encik Kerangkas Bakiran, pada suatu ketika dahulu, Kampung Rapak ini adalah
merupakan tapak-tapak perkuburan. Oleh kerana terlalu banyak tanah perkuburan, maka
orang-orang Dusun memanggil tempat ini sebagai "Arampak" dan kemudian disebut
Rapak, sahaja. Terdapat juga sumber yang menyatakan bahawa kampung ini juga dinamakan
Kampung Rapak sempena sebuah sungai yang terdapat di kampung itu.
Sebelum dan selepas Perang Dunia Ke-2, Kampung Rapak adalah merupakan sebahagian daripada
kawasan pentadbiran British dan Jepun. Di kampung ini, terdapat 2 buah tugu peringatan
yang bersejarah dan sangat penting, iaitu Tugu Sumpah Mat Salleh dan Tugu Peringatan
Perang Dunia Ke-2. Di tempat inilah dikatakan ramai tentera-tentera Inggeris yang telah
terkorban dalam perjalanan dari Sandakan ke Ranau. Selain itu, Kampung Rapak juga adalah
pusat perkembangan dan penyebaran agama Kristian SIB yang terawal dipelopori oleh
pendakwah Kristian dari Australia. |
| Aturcara Majlis |
 |
|